Thursday, 21 April 2016

Legenda Mahsuri

Assalamualaikum semua, salam satu Malaysia salam satu hati salam Uitm dihatiku. Hee, sebenarnya terlalu excited nak karang ni. By the way, ni kali pertama saya tulis blog, so jangan la kecam saya, kat sini juga saya nak laa share sikit apa yang patut share dekat kawan2 semua. Okay before tu, semua kenal dah ke sapa saya niii?? hehehe. Okay let me introduce myself dulu okay. Nama yang dianugerahkan oleh kedua ibu bapa saya ialah RABIATUL ADAWIYAH BINTI MURAD, berasal dari Pulau Langkawi, haaaa sapa yang nak bercuti ke nak order chocolate ke boleh pm tepi yaaa. Saya lepasan STPM dari sebuah sekolah di Langkawi iaitu SMK Mahsuri. Haaaa kawan2 semua pernah dengarkan nama Mahsuri. Kadang ada jugak yang tertanya tanya cerita Mahsuri tu betul ka dan Mahsuri tu wujud ka??  kankankan. Haaaa okay kat sini saya cerita sikit la serba ringkas pasal Mahsuri tu.

gambar Mahsuri
Mahsuri merupakan anak pasangan kepada Endak Alang dan Pandak Mayah. Beliau dikatakan mempunyai rupa paras yang sangat cantik dan menjadi sebutan dan rebutan para pemuda yang tidak berhenti henti memuji Mahsuri. Ini menimbulkan sifat iri hati dalam kalangan kaum wanita. Mahsuri juga telah dididik menjadi seorang gadis Melayu sejati, terdidik dengan pelajaran ilmu agama dan juga ilmu silat sebagai mempertahankan diri.

Kemudian Mahsuri berkahwin dengan Wan Darus. Wan Darus merupakan seorang pahlawan yang gagah perkasa dan tak kurang ketampanannya. Mereka  dianugerahkan seorang putera bernama Wan Hakim, ketika Mahsuri sedang mengandung, Wan Darus terpaksa pergi meninggalkan Mahsuri untuk berperang kerana ketika itu hubungan Kedah dan Siam semakin keruh. Permergian si suami membuatkan Mahsuri rasa yang beliau tidak akan berjumpa lagi dengan suaminya.
Namun, satu ketika dating seorang pedagang yang bernama Deramang yang mendapat perhatian dari ayah Mahsuri dan ditawarkan pekerjaan untuk membantunya bercucuk tanam. Deramang bukan sahaja seorang yang rajin bekerja dia juga mempunyai bakat dalam bersyair. Hal ini keluarga Mahsuri semakin terkenal kerana pada setiap malam orang ramai berkumpul dirumah Mahsuri untuk mendengar syair dari Deramang.

Perasaan iri hati yang hadir dalam diri manusia sukar untuk dihapuskan, disebabkan keakraban Mahsuri dan Deramang, terdetik perancangan dalam hati ipar Mahsuri iaitu Wan Mahora untuk hapuskan Mahsuri. Hal ini kerana suaminya iaitu Datuk Pekerma Jaya abang kepada Wan Darus pernah berhasrat untuk mengahwini Mahsuri untuk jadikan isteri keduanya.

Perancangan Wan Mahora terjadi apabila suatu hari Deramang naik ke atas rumah Mahsuri, hal ini kerana Mahsuri meminta Deramang menjaga puteranya kerana beliau mahu turun ke bendang. Namun, Wan Yahya mengarahkan ikutannya menangkap Mahsuri dan Deramang. Mereka dijatuhkan hukuman bunuh. Deramang cuba menentang tapi berjaya dibunuh sekarang tiba giliran Mahsuri.
Berita ini dapat diketahui oleh Endak Alang dan Pandak Mayah,mereka bergegas ke Padang Matsirat. Mahsuri telah diikat di sebatang pokok. Orang ramai berkumpul unutk menyaksikan peristiwa tersebut. Ketika Datuk Pekerma Jaya menikam tombak ke tubuh Mahsuri tiada apa yang berlaku, hanyalah sedikit luka, namun Datuk Pekerma Jaya  terus menyeksa dan menikam tubuhnya tapi tiada perubahan. Dengan keadaan tiada tenaga, Mahsuri bocorkan rahsia keluarga keturunannya. Untuk membunuhnya haruslah menggunakan keris pusaka keluarga Pandak Mayah, kemudian bergegaslah orang ikutan Datuk Pekerma Jaya ke rumah Pandak Mayah untuk mengambil keris tersebut.

Maka tikamlah tubuh Mahsuri menggunakan keris tersebut menembusi  rusuk kiri dan buah dada Mahsuri. Mahsuri menanti nyawa melepasi kerongkong. Mahsuri sempat melafaz kata-kata yang akan diingat sepanjang zaman
   
      "Ya Allah, Ya Tuhan Yang Maha Melihat Segalanya, aku redha akan matiku jika benar aku bersalah tapi jika benar aku dianiaya...ssesungguhnya aku haramkan darahku mengalir ke bumi ini, dan aku sumpah, bumi Langkawi tidak akan aman, berpuakalah menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan!

Yang memeranjatkan semua yang menyaksikan peristiwa tersebut, darah yang mengalir ialah berwarna putih, hal ini membuktikan berlakunya penianyaan terhadap dirinya, tindakan ini sudah terlambat. Wan Darus pulang ke Langkawi kerana Kedah telah kalah. Beliau berasa sangat sedih apabila mendapat berita kematian isterinya yang dirindui. Oleh itu beliau membuat keputusan untuk meninggalkan  Langkawi bersama anaknya Wan Hakim dan mertuanya iaitu Endak Alang dan Pandak Mayah.

Namun keadaan di Langkawi tidak lagi berakhir malah Siam mula menakluki seluruh Kedah termasuk Langkawi. Datuk Pekerma Jaya telah dibunuh dan dipapah oleh tentera Siam,mayatnya dicampak ke Sungai Langkanah. Manakala isterinya Wan Mahora dan wanita lain telah dirogol dan dijadikan hamba abdi tentera Siam. Disebabkan hasad dengki telah berlaku peristiwa yang dahsyat.
Okay. The end. Haaaa korang dah faham dah cerita Mahsuri?? Ini serba ringkas yang tak ringkas sangat,hehehe. Even saya orang Langkawi tapi saya tak tahu sangat cerita2 di Langkawi, so cerita ni saya petik dari http://infinatus-lagendamelayu.blogspot.my/2010/05/sumpahan-mahsuri.html  .



Kalau nak tahu cerita lebih lanjut tekan je link tu. Okay, setakat ini saja pengenalan dari saya. See you again.