Assalamualaikum semua, salam satu Malaysia salam satu hati
salam Uitm dihatiku. Hee, sebenarnya terlalu excited nak karang ni. By the way,
ni kali pertama saya tulis blog, so jangan la kecam saya, kat sini juga saya
nak laa share sikit apa yang patut share dekat kawan2 semua. Okay before tu, semua
kenal dah ke sapa saya niii?? hehehe. Okay let me introduce myself dulu okay.
Nama yang dianugerahkan oleh kedua ibu bapa saya ialah RABIATUL ADAWIYAH BINTI
MURAD, berasal dari Pulau Langkawi, haaaa sapa yang nak bercuti ke nak order
chocolate ke boleh pm tepi yaaa. Saya lepasan STPM dari sebuah sekolah di
Langkawi iaitu SMK Mahsuri. Haaaa kawan2 semua pernah dengarkan nama Mahsuri. Kadang
ada jugak yang tertanya tanya cerita Mahsuri tu betul ka dan Mahsuri tu wujud
ka?? kankankan. Haaaa okay kat sini saya
cerita sikit la serba ringkas pasal Mahsuri tu.
Mahsuri merupakan anak pasangan kepada Endak Alang dan
Pandak Mayah. Beliau dikatakan mempunyai rupa paras yang sangat cantik dan
menjadi sebutan dan rebutan para pemuda yang tidak berhenti henti memuji
Mahsuri. Ini menimbulkan sifat iri hati dalam kalangan kaum wanita. Mahsuri juga
telah dididik menjadi seorang gadis Melayu sejati, terdidik dengan pelajaran
ilmu agama dan juga ilmu silat sebagai mempertahankan diri.
Kemudian Mahsuri berkahwin dengan Wan Darus. Wan Darus merupakan
seorang pahlawan yang gagah perkasa dan tak kurang ketampanannya. Mereka dianugerahkan seorang putera bernama Wan
Hakim, ketika Mahsuri sedang mengandung, Wan Darus terpaksa pergi meninggalkan
Mahsuri untuk berperang kerana ketika itu hubungan Kedah dan Siam semakin
keruh. Permergian si suami membuatkan Mahsuri rasa yang beliau tidak akan
berjumpa lagi dengan suaminya.
Namun, satu ketika dating seorang pedagang yang bernama
Deramang yang mendapat perhatian dari ayah Mahsuri dan ditawarkan pekerjaan
untuk membantunya bercucuk tanam. Deramang bukan sahaja seorang yang rajin
bekerja dia juga mempunyai bakat dalam bersyair. Hal ini keluarga Mahsuri
semakin terkenal kerana pada setiap malam orang ramai berkumpul dirumah Mahsuri
untuk mendengar syair dari Deramang.
Perasaan iri hati yang hadir dalam diri manusia sukar untuk
dihapuskan, disebabkan keakraban Mahsuri dan Deramang, terdetik perancangan
dalam hati ipar Mahsuri iaitu Wan Mahora untuk hapuskan Mahsuri. Hal ini kerana
suaminya iaitu Datuk Pekerma Jaya abang kepada Wan Darus pernah berhasrat untuk
mengahwini Mahsuri untuk jadikan isteri keduanya.
Perancangan Wan Mahora terjadi apabila suatu hari Deramang
naik ke atas rumah Mahsuri, hal ini kerana Mahsuri meminta Deramang menjaga
puteranya kerana beliau mahu turun ke bendang. Namun, Wan Yahya mengarahkan
ikutannya menangkap Mahsuri dan Deramang. Mereka dijatuhkan hukuman bunuh. Deramang
cuba menentang tapi berjaya dibunuh sekarang tiba giliran Mahsuri.
Berita ini dapat diketahui oleh Endak Alang dan Pandak Mayah,mereka
bergegas ke Padang Matsirat. Mahsuri telah diikat di sebatang pokok. Orang ramai
berkumpul unutk menyaksikan peristiwa tersebut. Ketika Datuk Pekerma Jaya
menikam tombak ke tubuh Mahsuri tiada apa yang berlaku, hanyalah sedikit luka,
namun Datuk Pekerma Jaya terus menyeksa dan menikam tubuhnya tapi tiada perubahan. Dengan keadaan
tiada tenaga, Mahsuri bocorkan rahsia keluarga keturunannya. Untuk membunuhnya
haruslah menggunakan keris pusaka keluarga Pandak Mayah, kemudian bergegaslah
orang ikutan Datuk Pekerma Jaya ke rumah Pandak Mayah untuk mengambil keris
tersebut.
Maka tikamlah tubuh Mahsuri menggunakan keris tersebut
menembusi rusuk kiri dan buah dada
Mahsuri. Mahsuri menanti nyawa melepasi kerongkong. Mahsuri sempat melafaz
kata-kata yang akan diingat sepanjang zaman
"Ya Allah, Ya Tuhan Yang Maha Melihat Segalanya, aku redha akan matiku jika benar aku bersalah tapi jika benar aku dianiaya...ssesungguhnya aku haramkan darahku mengalir ke bumi ini, dan aku sumpah, bumi Langkawi tidak akan aman, berpuakalah menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan!
Yang memeranjatkan semua yang menyaksikan peristiwa
tersebut, darah yang mengalir ialah berwarna putih, hal ini membuktikan
berlakunya penianyaan terhadap dirinya, tindakan ini sudah terlambat. Wan Darus
pulang ke Langkawi kerana Kedah telah kalah. Beliau berasa sangat sedih apabila
mendapat berita kematian isterinya yang dirindui. Oleh itu beliau membuat keputusan
untuk meninggalkan Langkawi bersama
anaknya Wan Hakim dan mertuanya iaitu Endak Alang dan Pandak Mayah.
Namun keadaan di Langkawi tidak lagi berakhir malah Siam
mula menakluki seluruh Kedah termasuk Langkawi. Datuk Pekerma Jaya telah dibunuh
dan dipapah oleh tentera Siam,mayatnya dicampak ke Sungai Langkanah. Manakala isterinya
Wan Mahora dan wanita lain telah dirogol dan dijadikan hamba abdi tentera Siam.
Disebabkan hasad dengki telah berlaku peristiwa yang dahsyat.
Okay. The end. Haaaa korang dah faham dah cerita Mahsuri?? Ini
serba ringkas yang tak ringkas sangat,hehehe. Even saya orang Langkawi tapi
saya tak tahu sangat cerita2 di Langkawi, so cerita ni saya petik dari http://infinatus-lagendamelayu.blogspot.my/2010/05/sumpahan-mahsuri.html
.


Letak LA crita lain lak.. Sultan mangkat dijulang ka...
ReplyDeleteSabar ye, sebagai pengenalan baru.
DeletePehhh gila la. Panjang nyaa.. juling mata aku baca. mengusutkan kepala. Hmm paham la sikit sikit.. terbaikk 4bintang
ReplyDeletenot bad la...xpi cerita tu memamg lagenda yang tak akan ditelan zaman
ReplyDeleteHahaha terima kasih uolls
ReplyDeletefuyooooooo ... ulang2 baca pn tdk bosan
ReplyDeletebila nak bawa saya pergi sana...
ReplyDeletePanjnh sgt x nk baca haha..
ReplyDelete