Perempuan ini sering kali bersama aku
Kian bertahun berbulan saat dan kini selamanya
Pertalian kita atas takdir Allah
Perempuan ini seringkali aku rindu
Dia aku sayang
lillahhi taala
Perempuan ini adalah kekuatan aku dimana aku berpijak
Sering kali air mata menitis
Saat aku terluka dengan permainan dunia
Apatah lagi permainan manusia sering kali aku ditikam dalam diam
Tatkala aku pejam mata
Menggapai tangan yang sudi memegang tangan yang jijik ini
Namun hanya bayang bayang hitam
Sekian lama aku dalam kegelapan
Satu tangan menggenggam aku
Memimpin aku
Membakar semangat aku
Mendirikan aku bahawa putus asa itu keji
Kini pelangi mula muncul seindah taman pari
Aku mula bersujud padaNya
Cinta ku semakin agung terhadapNya
Ya Allah
Doaku hanyalah kepada perempuan ini
Saat kami terpisah kernaMu
Temukanlah semula kami juga keranaMu
Titipkan doaku padanya
Semoga menjadi solehah pilihannya
Amiin
Salam sayang,
Sepet Malaysia.
Assalamualaikum semua, hee tetiba malam ni dapat idea nak acah sweet dengan sahabat. Sini saja je nak test power. Okay tak? haa sebabnya kawan saya ni dia suka sangat buat puisi2 ni. Kadang sampai menagis saya baca haa. ayat dia tu sampai dalam lubuk hati saya nii haa. Apa pun saya kenalkan dia Nur Adilah Binti Azizan, were bestfriend almost 19 years. Haa lama tak?? walaupun lama tapi kiteorang tak pernah gaduh. Dia marah ka saya marah ka, tak pernah pun. Marah manja ala meow meow ada laa. Selalunya saya latuuu, Sekarang dia dah sambung study jauh nun di mata tapi dekat di lubuk hati tepi jantung. Masa nak hantar dia dekat airport, saya pulak beriya menangis sampai tersedu2, mak dia pun relax jaa. Over betoii kan, hmmmm. Saya hanya boleh sampaikan doa jala dekat dia. ' Adilah semoga cepat pulang buka klinik taww, nnti aku sakit , bagi ubat free naa, ok bai '. Okay ni saya nak share dengan korang ayat dia yang telah buat saya menangis 40 hari 40 malam. Terharuuu sangat.
Pada tanggal ini seorang perempuan lahir,
Ditakdirkan Tuhan menyapa dunia yang punya banyak permainan,
Yang kadang bisa membuatkan perempuan ini ketawa,
Dan kadang mengalir air matanya.
Ya,
itu fitrahnya selagi mana ada di dunia.
Namun,
Seakan meningkat usia,
Perempuan ini kian matang,
Menempuh ujian-ujian,
hinggakan dia menjadi terlalu kuat,
Kerana dia tidak perlu cinta laki-laki,
cukup dengan cinta Ilahi sebagai pemberi kekuatan.
Perempuan yang kadang lemah ini juga air matanya jatuh,
Tapi dia tidak bisa selamanya lemah,
kerana di sisinya ada insan yang memerlukan.
Cukuplah lemahnya diluahkan pada Dia.
Selamat ulang tahun duhai sahabat,kawan, teman rapat yang paling aku sayang kerana kau adalah anugerah Tuhan yang paling indah .
Moga ikatan ini bakal berpanjangan tidak cuma di dunia ini tapi hingga ke syurga nanti insyaAllah ♥
Doa aku moga ujian pada ikatan ini tidak melonggarkan kepercayaan antara kita tapi bisa menguatkan hati-hati kita agar tetap utuh membina rasa percaya ♥ ' I hope you find a man who doesn't just give you flowers and calls you beautiful, I hope you find a man who visits your family when you're homesick. I hope he gives you space when you need to be alone and grace when you are not patient with him. I hope you find a good man, one who will love you for who you are and not what can you give. I hope you that you find someone who will cherish and respect you,opening your heart to new and good things. I hope you find the courage to be willinh to wait for something solid instead of something flashy, because when you've find a good man, I know he'll light up the stars to see you smile'
- T.B LaBerge// A good man
Teruslah membesar menjadi wanita solehah dan bidadari syurga ♥
Uhibbuki fillah atin ♥
Salam sayang from Egypt :*
Haaaa amacam?? Best kan, okay laa dah lewat tengah malam dah ni. Nanti korang yang mana ada sahabat jika kita tenang dengan dia, ajak kita buat baik ' yes, he/she is the one '. Hahaha. Jaga hati, Jaga solat.
Assalamualaikum.










